Nikmat Oksigen di Nilam Puri

Assalamualaikum

[08.02.2013]

"Nain, jadi ke ko balik Kelate esok?"
"Jadi..."
"Wokeh!! Saya join sekali deh.."
"Bereh.."

Teringat perbualan di antara saya dengan kawan saya Nain. Masa ni hati dah meronta-ronta nak ke Kelate. Terasa rindu sangat. Apa tidaknya, dah hampir 5 tahun tak kembali ke sana.

Sudah tentu salah satu tempat yang paling saya rindui ialah, tempat belajar pada peringkat asasi dulu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan.

Dah set, tempat ni wajib pegi.

[09.02.2013]

Hati terasa berdebar sebelum bertolak ke Kelantan. Pelik. Mungkin rasa teruja terlalu berlebihan. Bacaan doa sebelum perjalanan menjadi lintang pukang. Hehe...

Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar walaupun terpaksa menempuh kesesakan melampau. Pertama kali dalam hidup, lutut terasa sakit ketika memandu. Buat pertama kali juga, saya menempuh perjalanan selama 12 jam sebelum sampai ke destinasi, 3.00 a.m - 3.00 p.m.

[11.02.2013]

"Nain, semalam kita dah ke kenduri kahwin kawan kita, hari ni kita nak ke Rantau Panjang, betul tak?"
"Ha'ah.."
"Hokeh, kita singgah Nilam Puri boleh?"
"Boleh...."

Bagus kawan saya, Nain. Dia tahu, saya teringin sangat ke Nilam Puri. Bila dah sampai ke Nilam Puri, dia pula yang terlebih teruja..

"Jay, cepat berdiri kat situ, saya nak ambik gambar ko.."

Pucuk dicita, ulam mendatang. Alang-alang dah ada jurugambar, saya apa lagi...

Chakk!!

 

Kelihatan biasa sahaja. Tidak ada perkara menarik di tempat ini.Tapi, terlalu banyak kenangan yang saya tinggalkan di sini.

Ibnu Saili comel dan cantik

Assalamualaikum

Lama dah...dah lama sangat teringin nak tulis "Ibnu Saili" dalam bentuk khat..

Suatu petang, sedang asyik membelek FB...

"petang bersama Kopi Tenom...=)" 

Saya ternampak status dari page FB Goresan Seni.

Terdetik di dalam hati nak menyakat.

sedap tu..mau minta gores perkataan "ibnu saili" sambil minum kupi boleh ka?

Saya balas status tu.

"blh...he2."


Eh, berbalas.


Saya diam.... Ingatkan admin bergurau...

Tak lama, laptop saya berbunyi, tanda mendapat mesej baru dari FB. Saya terburu-buru keluar dari tandas.

Wah...indah sungguh mesej yang saya dapat kali ini.

"sdah dipos...he2.,"

Mesej dari admin Goresan Seni.

Saya cepat-cepat buka mesej FB...Tak sia-sia saya berasa gembira..

Saya dapat khat "Ibnu Saili". Comel dan cantik..Betul tak?


Nak khat macam ni? Lawati page FB Goresan Seni.


Kebaikan menggunting misai dan memanjang janggut dari sudut kesihatan


Assalamualaikum


Misai ialah bulu yang tumbuh antara bibir atas dengan hidung. Berhubung dengan hukum menggunting misai,Imam al-Nawawi menyebut ia adalah sunat dan had memotongnya adalah dari dua hujung bibir.

Sementara memanjangkan janggut pula adalah sunat, dan menurut pandangan al-Malikiyyah dan al Hanabilah haram mencukur janggut dan hendaklah dibiarkan panjang sekadar segenggam.

Antara hadith yang menyebut tentang misai dan janggut sabda Nabi s.a.w.:

 “Nabi s.a.w. menyuruh mencukur misai dan memanjangkan janggut.” 

Dari segi kesihatan, misai yang panjang akan dicemari dengan makanan dan minuman. Apabila ia kotor ia akan menjadi tempat pembiakan bakteria. Dari itu perlu dipotong agar sentiasa bersih.

Berkenaan dengan janggut, Dr. ‘Abd al-Razzaq al-Kaylani menyatakan pada kebiasaannya pekerjaan kaum lelaki terdedah kepada sinaran matahari, tiupan angin sejuk dan panas yang mana ia memberi kesan negatif kepada kolegen dan sel-sel elastik  yang terdapat pada kulit wajah. Pendedahan yang berterusan akan mengakibatkan kerosakan sedikit demi sedikit sehingga mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, dengan memelihara janggut ia dapat mengurangkan kesan ini dan tidak pada wanita kerana mereka kurang terdedah pada sinaran matahari dan angin ini. Dari itu, jelas bahawa panduan nabi agar menyimpan janggut akan membuat seseorang awet muda dan berseri, begitu pula dengan kaum wanita yang memakai hijab lebih berseri dan segar berbanding yang membuka mukanya.


Orang kata, lelaki berjanggut (janggut dipotong kemas dan disikat rapi) ni comel. Betul tak?

*Pernah terbaca, suami yang menyimpan janggut akan meningkatkan kesuburan isteri.